AM > BERITA

"Legacy Rib Challenge" Tony Roma's Cetuskan Kembali Keterujaan

20/11/2025 10:03 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Cabaran makan Legacy Rib Challenge oleh Tony Roma’s Malaysia kembali secara eksklusif dalam pertandingan sehari di Tony Roma’s IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Acara berkenaan menghimpunkan pencinta daging tulang rusuk selain mengimbau nostalgia cabaran ikonik tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, Shaik Ali Fikri Bajunid berkata acara kegemaran ramai itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mencetuskan semula keterujaan sambil meraikan reputasi Tony Roma’s sebagai penyaji daging tulang rusuk terkenal.

“Di Tony Roma’s, kami percaya dalam meraikan detik kehidupan, besar atau kecil, dengan makanan lazat dan orang tersayang.

“Kembalinya cabaran ini dan menu edisi terhad kami adalah tentang membawa semula kegembiraan dan keterujaan kepada pelanggan kami. Ia penghargaan buat warisan kami dan peringatan bahawa Tony Roma’s kekal sebagai tempat dituju untuk menikmati daging tulang rusuk yang betul-betul memuaskan,” katanya dalam kenyataan.

Kempen berkenaan turut memperkenalkan beberapa sajian premium baharu dengan sentuhan berbeza, mencerminkan kegembiraan yang hadir bersama makanan enak, kawan rapat dan semangat sebenar Tony Roma’s.

Pertandingan di Putrajaya itu telah menarik penyertaan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Juara bagi kategori lelaki Hilman Adrees Khairul Annuar yang menghabiskan lapan daging tulang rusuk, satu daging tulang rusuk kambing, kentang lenyek dan Kickin’ Shrimp dalam 14:08 minit, berkata itu kali pertama beliau mengambil bahagian dalam Rib Challenge dan hadir tanpa sebarang jangkaan.

“Saya datang kerana gemarkan daging tulang rusuk yang enak. Tetapi sebaik sahaja ia bermula, sorakan dan suasana keseluruhannya sangat mengujakan saya. Kini saya faham mengapa ramai yang mengatakan daging tulang rusuk Tony Roma’s itu ‘legenda’,” kata Hilman yang membawa pulang wang tunai RM2,000 dan bekalan daging tulang rusuk selama setahun.

Sementara itu, juara kategori wanita Nurathira Hakim Boey berkata beliau sangat gembira dapat menyertai pertandingan itu apatah lagi ketika momen diumumkan sebagai pemenang.

“Daging tulang rusuk Tony’s Roma sememangnya kegemaran saya dan acara hari ini mengimbau kembali keseronokan dan nostalgia yang menjadikan jenama ini sangat istimewa. Saya tidak sabar untuk membawa keluarga dan rakan-rakan kembali menikmati daging tulang rusuk,” tambahnya.

Sempena cabaran itu, Tony Roma’s telah melancarkan menu edisi terhad terdiri daripada sajian “platter”, makanan panas kesukaan ramai dan pasta direka khas untuk pasangan, keluarga serta peminat daging tulang rusuk, untuk dikongsi dan dinikmati.

Kempen “Time For Tony Roma’s” terdapat di semua cawangan Tony Roma’s bermula 10 Nov hingga 7 Jan tahun depan. 

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook @TonyRomasMalaysia, Instagram @trmalaysia and TikTok @trmalaysia.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan