AM > BERITA

Amaran Hujan Berterusan, Tahap Waspada Di Enam Negeri Hingga 26 Nov - MetMalaysia

21/11/2025 06:10 PM

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan enam negeri bermula hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (merangkumi daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) hingga Isnin (24 Nov).

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini (26 Nov).

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mudah alih myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan