KANGAR, 24 Nov (Bernama) -- Semua perkhidmatan tren penumpang di sektor utara masih beroperasi seperti biasa, namun terdapat kelewatan berikutan langkah keselamatan tambahan yang diambil bagi memastikan perjalanan penumpang kekal selamat.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam hantaran di Facebook malam ini memaklumkan pihaknya sedang memantau dengan rapi paras air di beberapa lokasi landasan kereta api di sektor utara berikutan hujan yang berterusan.
"Pasukan operasi KTMB berada di lapangan dan sentiasa bersiap siaga, manakala pemantauan dilakukan secara berterusan.
"KTMB akan mengemas kini maklumat terkini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi kami," menurut hantaran itu.
Beberapa jalan di Perlis ditutup sementara hari ini akibat banjir berikutan hujan berterusan sejak semalam termasuk Jalan Stesen KTMB Arau.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial