AM > BERITA

Suami Pengasuh Dipenjara 30 Tahun 13 Sebatan Liwat, Bunuh Bayi Sembilan Bulan

25/11/2025 02:11 AM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana membunuh dan meliwat seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang merupakan anak asuhan isterinya, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Badruldin Mohamed, 40, selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada Jumaat lepas.

Hasil laporan bedah siasat mendapati bahawa punca kematian adalah ‘smothering’ atau melemaskan malah sampel asid deoksiribonukleik (DNA) juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik tertuduh pada dubur dan rektum si mati.

Mohamed Badruldin didakwa membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang, di sini, antara 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh dan penjara 10 tahun serta satu sebatan atas pertuduhan meliwat.

“Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 29 April 2021,” kata Hakim Aslam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim manakala peguam Azizul Shariman mewakili tertuduh. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan