PUTRAJAYA, 25 Nov (Bernama) -- Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis ditutup sementara berikutan banjir yang melanda negeri itu.
Menurut kenyataan SPRM, penutupan sementara itu dilakukan susulan laluan ke pejabat berkenaan telah dinaiki air dan tidak dapat dilalui.
"Buat masa ini, tiada jangkaan bila tarikh Pejabat SPRM Perlis akan dibuka semula, namun ia bergantung kepada situasi semasa keadaan banjir di negeri berkenaan," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Menurut SPRM, walaupun pejabat ditutup, orang ramai masih boleh menyalurkan aduan rasuah atau membuat rujukan melalui saluran rasmi SPRM termasuk portal www.sprm.gov.my, portal aduan rasuah www.portaladuan.sprm.gov.my, talian bebas tol 1800-88-6000 serta aplikasi MACC Mobile.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial