KANGAR, 26 Nov (Bernama) -- Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kangar ditutup sementara mulai hari ini sehingga diberitahu kelak susulan peningkatan paras air akibat banjir di kawasan tersebut.
Dalam kenyataan hari ini, KWSP memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ahli serta petugasnya.
Menurut KWSP, ahli yang mempunyai temu janji dinasihatkan menjadualkan semula urusan mereka, manakala transaksi penting boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun bagi perkhidmatan tertentu.
“KWSP sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan untuk memantau keadaan, dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan transaksi KWSP, ahli boleh menghubungi Pusat Perhubungan dan Nasihat Perkhidmatan KWSP di talian 03-89226000 atau melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial