KOTA KINABALU, 3 Dis (Bernama) -- Kabinet Sabah yang baharu dibentuk komited untuk bekerjasama rapat dalam memacu kemakmuran dan kemajuan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau percaya pihaknya juga mempunyai keupayaan yang kukuh untuk melaksanakan perkara itu berdasarkan pencapaian kerajaan negeri pada penggal sebelum ini dan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 holistik, inklusif dan komprehensif yang akan dilancarkan tahun hadapan.
Ketua Menteri juga menegaskan keperluan untuk memperkukuh kerajaan kegeri bagi memastikan kestabilan politik yang berterusan serta kesinambungan kemajuan.
“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendokong agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan.
“Saya juga ialah Ketua Menteri untuk semua, berkhidmat kepada seluruh rakyat Sabah secara adil tanpa prejudis terhadap latar belakang, kaum atau agama,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Dalam kenyataan sama, beliau turut mengumumkan portfolio 17 pembantu menteri yang telah mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.
Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri
- Datuk Joniston Bangkuai (GRS)
- Datuk Isnin Aliasnih (GRS)
- Datuk Mandela Malakun (GRS)
Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti
- Datuk Limus Jury (GRS)
- Datuk Sri Dr Ruddy Awah (GRS)
Pembantu Menteri Kewangan
- Datuk Ben Chong (GRS)
- Datuk Ishak Ayub (STAR)
Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
- Datuk Jonnybone Kurum (GRS)
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
- Datuk Fairuz Renddan (Bebas)
- Datuk Maijol Mahap (Bebas)
Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
- Datuk Ruslan Muharam (GRS)
- Datuk Hendrus Anding (GRS)
Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar
- Datuk Samad Jambri (GRS)
- Datuk Juil Nuatim (GRS)
Pembantu Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
- Jordan Jude Ellron (Bebas)
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
- Dr Andi Rizal (GRS)
Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
- Datuk Rina Jainal (Bebas)
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial