KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin disifatkan sebagai seorang pemimpin, sahabat dan figura yang sentiasa teguh mempertahankan prinsip serta sentiasa berada di dalam saf perjuangan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Pengerusi BN Sabah itu juga telah banyak berkorban dan menyumbang kepada Sabah serta negara.
“Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan kepada rakyat, negeri Sabah dan negara.
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin serta orang-orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah pada 1.46 pagi ini.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini Bung Moktar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial