KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Perlis terus menunjukkan penurunan manakala di Selangor meningkat sedikit dan angka di Pahang kekal, setakat 8 pagi ini
Di SELANGOR, sebanyak 896 mangsa daripada 267 keluarga berada di PPS pagi ini berbanding 774 mangsa daripada 248 keluarga malam tadi.
Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), satu PPS baharu dibuka malam tadi menjadikan keseluruhan sembilan PPS beroperasi di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Di PERAK, jumlah mangsa di empat daerah berkurangan kepada 1,947 orang daripada 586 keluarga yang berlindung di 14 PPS berbanding 2,000 mangsa daripada 598 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan tujuh PPS di daerah Hilir Perak menempatkan 985 orang, manakala di Bagan Datuk (581) , Manjung (368) serta Larut, Matang dan Selama (13).
Di PERLIS, turut mencatatkan penurunan kepada 111 orang setakat 8 pagi ini berbanding 115 orang malam tadi.
Berdasarkan data Sekretariat JPBN Perlis kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di dua PPS di Padang Besar dan Arau.
Di PAHANG, jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir setakat 8 pagi ini kekal 113 mangsa daripada 30 keluarga yang berada di lima PPS seperti malam tadi.
Menurut InfoBencana JKM, sebanyak 106 penduduk daripada 29 keluarga ditempatkan di empat PPS di Raub manakala tujuh sekeluarga di Kuantan masih berlindung di satu PPS.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial