KOTA KINABALU, 5 Dis (Bernama) -- Anak kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan Moktar berterima kasih kepada semua termasuk pemimpin negeri dan negara yang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian tokoh politik itu.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta semua yang hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada bapanya.
“Bagi pihak keluarga besar kami, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Ramai yang hadir tanpa mengira fahaman politik dan saya sangat berterima kasih,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Likas di sini hari ini.
Naim Kurniawan berkata walaupun sedih dengan pemergian Allahyarham, namun beliau bersyukur kerana urusan bapanya berjalan lancar.
Ditanya jika beliau akan meneruskan legasi Allahyarham sebagai wakil rakyat, Naim Kurniawan menyerahkan perkara itu kepada rakyat dan pucuk pimpinan parti.
Bung Moktar, 66, yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi.
Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial