AM > BERITA

Tengku Amir Shah Berkenan Saksikan Perlawanan Akhir Piala Raja Muda Selangor 2025

06/12/2025 09:05 PM

SHAH ALAM, 6 Dis (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (Piala Raja Muda Selangor) 2025 di Padang Persatuan Bola Sepak Selangor, Seksyen 5, di sini. 

Ketibaan baginda disambut Pengerusi Piala Raja Muda Selangor Datuk Emran Kadir, diiringi wakil-wakil rakan strategik kejohanan.

Perlawanan akhir bagi acara kategori di bawah 12 tahun itu, menyaksikan persaingan antara Sekolah Kebangsaan (SK) Serdang dan SK Ulu Yam Bharu.

SK Serdang muncul juara  menerusi jaringan 2-0, hasil ledakan pemain Muhammad Arif Mohd Radzuan.  

Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Juara membawa pulang cek cura RM5,000 beserta piala iringan, manakala naib juara RM4,000, tajaan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad.

Muhammad Arif diumumkan pemain terbaik dan penjaring terbanyak, iaitu 11 jaringan sekali gus membawa pulang dua trofi serentak.

Kejohanan pada tahun ini menghimpunkan 32 pasukan sekolah rendah dari seluruh negeri yang dibahagikan kepada lapan kumpulan.

Hadiah RM3,000 untuk pemenang tempat ketiga, manakala RM2,000 menanti pasukan keempat, dan masing-masing turut membawa pulang trofi serta pingat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan