KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Setiausaha Kerja (SUK) PKR Pulau Pinang Allahyarham Hasbul Syafiqi Hasbullah atau lebih dikenali sebagai Black, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau amat terkesan dengan pemergian Allahyarham yang disifatkan banyak berjasa dalam menggerakkan perjuangan parti di negeri itu.
"Sepanjang hayatnya, Allahyarham memainkan peranan yang amat penting dalam menggerakkan kerja-kerja KEADILAN di Pulau Pinang, khususnya di Permatang Pauh, tempat yang begitu dekat di hati saya," kata beliau.
Anwar turut mendoakan agar keluarga Hasbul Syafiqi dikurniakan kekuatan menghadapi ujian itu serta roh Allahyarham diampunkan segala dosa dan ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial