AM > BERITA

Saman Tertungak Tidak Jejaskan Kelayakan BUDI95 - Loke

09/12/2025 08:54 PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata saman tertunggak dan kelayakan subsidi BUDI95 adalah mekanisme berbeza yang beroperasi secara berasingan, dan kedua-duanya tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik.

“Berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon hendaklah memenuhi syarat asas iaitu warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad dan mestilah memiliki lesen memandu aktif.

“Lesen memandu yang aktif merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah, atau yang tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun,” menurutnya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Loke menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan kononnya mana-mana individu yang gagal menjelaskan saman akan hilang kelayakan manfaat BUDI95.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan