KUANTAN, 11 Dis (Bernama) -- Usaha menaik taraf sistem bekalan air Pahang menunjukkan kemajuan apabila 126 daripada 217 projek di bawah Pelan Projek Pembangunan Bekalan Air Pahang Fasa 1 (2021–2026) disiapkan setakat ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata 26 lagi projek kini sedang dalam pembinaan manakala 65 pada peringkat prapembinaan.
“Kita berjaya siapkan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan projek dan kerajaan negeri komited menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air melalui pelbagai inisiatif yang dirancang secara teliti,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ho Chi Yang (PH-Tanah Rata) yang ingin tahu usaha kerajaan negeri menaik taraf infrastruktur air di semua daerah dan kemajuan projek berkenaan.
Menjawab soalan tambahan Ho, Wan Rosdy berkata pusat kawalan operasi bencana (PKOB) bersiap siaga bersama-sama Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) untuk menangani masalah bekalan air bersih ketika musim Monsun Timur Laut.
“PAIP juga akan menggunakan pam pontoon di loji rawatan air sebagai usaha menyalurkan air bersih sekiranya ada kawasan terjejas,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial