AM > BERITA

Banjir Perak, Sabah Pulih Sepenuhnya, Sarawak Terus Catat Penurunan Mangsa

13/12/2025 07:28 PM

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di Perak dan Sabah dilaporkan pulih sepenuhnya petang ini, dengan semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, manakala Sarawak terus mencatatkan penurunan jumlah mangsa.

Di PERAK, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak yang menempatkan empat mangsa daripada satu keluarga, ditutup pada 1 tengah hari tadi.

Sementara itu di SABAH, banjir di Sandakan juga pulih apabila 59 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pertanian, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut sepenuhnya dan kediaman penduduk selamat untuk didiami.

Di SARAWAK, JPBN melaporkan setakat 4 petang ini, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 127 orang daripada 60 keluarga, berbanding 132 orang daripada 61 keluarga pada pagi tadi, susulan penutupan  PPS SK Angus yang menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga, tengah hari tadi. 

Manakala PPS SK Suai Niah, kekal menempatkan 119 mangsa daripada 57 keluarga dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah pula masih menempatkan empat mangsa banjir daripada dua keluarga, serta empat mangsa sekeluarga yang terjejas akibat tanah runtuh.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan