AM > BERITA

Ops Pengarah: JPJ Pahang Sita Tiga Kenderaan, 215 Notis Dikeluarkan

22/12/2025 10:32 PM

KUANTAN, 22 Dis (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang memeriksa sebanyak 850 kenderaan dan mengeluarkan 215 notis atas pelbagai kesalahan terhadap pemandu serta pemilik kenderaan dalam Ops Pengarah yang dijalankan di Plaza Tol Bentong pada 18 Dis lepas.

Pengarah JPJ Pahang Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata daripada jumlah itu, sebanyak 115 saman JPJ (P) 22 dikeluarkan termasuk tiga kenderaan persendirian disita atas pelbagai kesalahan, antaranya melibatkan pemandu warga asing.

“Penguatkuasaan berterusan ini dilaksanakan bagi memastikan kadar pematuhan peraturan jalan raya berada pada tahap tertinggi, selain menzahirkan kehadiran JPJ di semua lokasi untuk meningkatkan kesedaran dan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pihaknya turut melaksanakan Ops Khas Rentas Sempadan Zon Timur 2025 bersama JPJ Terengganu dan Kelantan di tiga lokasi, iaitu sempadan Kuantan-Kemaman, Lipis-Gua Musang dan Cameron Highlands-Lojing bermula 15 hingga 17 Dis lepas.

“Sebanyak 132 kenderaan diperiksa dan 29 daripadanya telah diambil tindakan. Sebanyak 78 notis saman JPJ (P) 22 atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. Lapan kes lebih muatan turut dikesan termasuk satu kes lori disita kerana dipandu oleh warga asing yang tidak memiliki lesen memandu,” katanya.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan