AM > BERITA

Yang di-Pertuan Agong Selamat Berangkat Pulang Ke Malaysia

24/12/2025 01:46 PM

JOHOR BAHRU, 24 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan khas dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 9.20 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengelola Bijaya Diraja Johor Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Perbincangan Seri Paduka Baginda bersama Sheikh Mohamed telah meneroka pelbagai peluang kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan, pelaburan serta keterjaminan makanan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan