AM > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Lima Negeri Hingga 11 Pagi Ini 

27/12/2025 09:14 AM

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini  mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri hingga 11 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7.55 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Pahang (Bentong dan Temerloh) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka, serta Johor yang melibatkan kawasan Tangkak dan Muar.

Keadaan cuaca itu turut diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, iaitu Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan