AM > BERITA

Shell Malaysia Umum Kumpulan Pertama Pemenang Peraduan Petrol Percuma

30/12/2025 02:57 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Shell Malaysia mengumumkan kumpulan pertama pemenang kempen petrol percuma yang menawarkan ganjaran kepada 92 rakyat Malaysia dengan minyak percuma selama satu atau tiga tahun.

Kempen ini yang berlangsung dengan kerjasama Shell Lubricants, mengiktiraf pengguna produk Shell Helix dan Shell Advance, dengan kumpulan pertama pemenang hadiah utama diumumkan pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di sini pada Isnin.

Pengurus Besar Shell Mobility and Convenience Malaysia Seow Lee Ming berkata kempen itu mencerminkan komitmen Shell untuk memberi ganjaran kepada pelanggan melalui platform yang mudah diakses dan menarik seperti Shell App.

“Di Shell, kami percaya dalam memberikan lebih ganjaran kepada rakyat Malaysia bagi setiap perjalanan. Aplikasi Shell memainkan peranan penting dalam kempen menarik seperti ini, menjadikan pengalaman ini mudah, bermanfaat dan boleh diakses oleh semua,” katanya dalam kenyataan.

Seow berkata kempen ini mengetengahkan peranan Shell yang lebih daripada sekadar peruncitan bahan bakar, dengan menyatakan bahawa keterujaan dalam kalangan para pemenang mencerminkan nilai inisiatif seperti ini kepada pelanggan.

Seorang pemenang, Mohd Khairussyukri, 29, yang merupakan juruteknik dari Selangor berkata beliau tidak menyangka terpilih memenangi peraduan ini selepas mengimbas Shell App miliknya ketika menukar minyak enjin motosikal.

“Tidak terlintas di fikiran yang saya akan menang. Saya mengimbas Shell App selepas membeli minyak untuk penukaran rutin dan tiba-tiba menerima panggilan. Rasa sungguh gembira apabila diberikan ganjaran untuk sesuatu yang memang saya gunakan bagi menjaga motosikal saya,” katanya.

Seorang lagi pemenang, Izzah Mohammad, 35, berkata, berita yang tidak disangka itu membawa kegembiraan kepadanya dan menjadikan minggu ini sesuatu yang mengujakan.

“Peraduan ini sangat mudah untuk disertai dan hadiah yang ditawarkan sungguh luar biasa. Saya sudah memberitahu keluarga dan rakan-rakan supaya turut serta,” katanya yang juga perancang acara dari Kuala Lumpur.

Shell Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ini dengan memuat turun Shell App dan membeli pelincir terpilih Shell Helix atau Shell Advance untuk peluang memenangi hadiah yang akan datang.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi Shell Malaysia di http://www.shell.com.my/.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan