IPOH, 1 Jan (Bernama) -- Tempoh perkhidmatan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh, yang dilantik memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2022, berakhir semalam.
Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa beliau telah diraikan dalam satu majlis perpisahan membabitkan kakitangan jabatan berkenaan.
Menurut jabatan itu, Wan Zahidi ketika menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan sempat menitipkan pesanan bahawa kerjaya dalam bidang kefatwaan adalah sebahagian daripada dunia dakwah yang luas.
"Percayalah ia akan membawa kita ke dunia yang lebih jauh," katanya.
Sementara itu, Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim pula merakamkan penghargaan atas sumbangan dan kepimpinan Wan Zahidi sepanjang menerajui institusi kefatwaan di negeri berkenaan.
Wan Zahidi menggantikan Tan Sri Harussani Zakaria yang meninggal dunia pada 30 Mei 2021 di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial