PUTRAJAYA, 2 Jan (Bernama) -- Aspek percukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal merupakan antara cadangan dasar yang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Isnin ini untuk pertimbangan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata cadangan itu, yang bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana, telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Cadangan ini memerlukan kerjasama rentas kementerian dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Isnin depan.
"Terima kasih YAB PMX atas kepercayaan. Kita hebatkan perniagaan Malaysia!" katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Terdahulu, Sim berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk membincangkan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tahun ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial