AM > BERITA

PM Anwar Dijangka Buat Beberapa Pengumuman Penting Esok - Loke

04/01/2026 06:39 PM

MELAKA, 4 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Januari dan Amanat Tahun 2026, esok. 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pengumuman itu membabitkan isu kritikal berkaitan ekonomi, pendidikan serta reformasi institusi.

“Esok Isnin, Perdana Menteri akan panggil mesyuarat khas Jemaah Menteri dengan beberapa isu terdesak akan dibincangkan.

“Selepas itu, pada 11.30 pagi, Perdana Menteri akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu (2026) bersama-sama dengan warga Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Melaka di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi DAP Melaka yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

Beliau berkata perkara bakal diumumkan itu menunjukkan keseriusan Anwar dan pimpinan Kerajaan MADANI menangani isu serta masalah dihadapi rakyat ketika ini terutama dalam menangani iklim ekonomi mencabar.

Loke berkata amanat berkenaan juga akan menggariskan hala tuju utama negara dan kerajaan sempena tahun baharu ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan