AM > BERITA

PM Akan Terima Anugerah Order Of The Republic Semasa Lawatan Rasmi Ke Turkiye - Duta

06/01/2026 05:50 PM

Daripada Muhammad Saufee Rosman

ANKARA, 6 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah Order of the Republic semasa lawatan rasmi beliau ke Turkiye, yang bermula hari ini hingga Khamis depan (8 Jan).

Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan tertinggi republik berkenaan sebagai menghargai peranan Anwar dalam memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia-Turkiye ke tahap lebih erat dan signifikan.

“Anugerah ini merupakan satu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada seorang pemimpin luar yang telah mendekatkan dan memperkukuh hubungan dua hala dengan Turkiye,” katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye di sini hari ini.

Sazali berkata anugerah itu akan disampaikan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan esok.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan