AM > BERITA

Ahmad Zahid, Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ali Umar Bincang Masa Depan Al-Quds, Nasib Palestin

08/01/2026 10:40 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi hari ini mengadakan perbincangan mengenai masa depan Masjid Al-Aqsa dan Al-Quds di Putrajaya.

Ahmad Zahid menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata perbincangan itu diadakan semasa beliau menerima kunjungan Sheikh Ali Umar di pejabatnya.

Menurutnya beliau dan tokoh agama dari Baitul Maqdis itu turut menyentuh mengenai keprihatinan Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin.

“Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dan menguatkan tekad kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara kita di Palestin dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran itu.

Sheikh Ali Umar pada Isnin lepas bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana yang turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan