AM > BERITA

Kerajaan Negeri Selangor Tidak Kompromi Usaha Promosi Budaya Songsang

10/01/2026 09:46 AM

SHAH ALAM, 9 Jan (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap penganjuran program Glamping With Pride di Hulu Langat, yang akan diadakan pada minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang cubaan menyebar dan mempromosikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu.

“Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha bagi menyebar dan mempromosikan budaya serta nilai songsang yang bertentangan dengan norma masyarakat.

“Saya telah berhubung dengan pihak polis dan minta pihak berkuasa jalankan siasatan serta ambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tindakan kumpulan terbabit yang meneruskan program Glamping With Pride pada hujung minggu depan meskipun mendapat bantahan pelbagai pihak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan