AM > BERITA

Agong Berkenan Tandatangani Akta Antibuli 2026

10/01/2026 11:35 AM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akta berkenaan yang digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Dis lepas, bertujuan mewujudkan mekanisme khusus untuk menangani kes buli terhadap semua mangsa yang telah ditakrif dan diperuntukkan di bawah akta tersebut.

“Di bawah akta ini, Menteri Pendidikan, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Menteri Pertahanan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, serta Menteri Dalam Negeri diberi kuasa untuk mengurus dan mengawal selia kes buli di institusi pendidikan atau institusi lain di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing,” menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memaklumkan, bahawa sebuah Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai suatu badan kuasi-kehakiman khusus untuk menerima, mendengar dan menentukan aduan buli yang dibuat oleh mangsa.

Tribunal berkenaan juga berkuasa memberikan sebarang pampasan atau perintah yang sewajarnya bagi maksud pembelaan dan keadilan terhadap mangsa buli.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan