AM > BERITA

Agong Zahir Ucap Selamat Kepada Sultan Brunei

14/01/2026 03:39 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang bakal menjalani rawatan lutut pada hujung minggu ini.

“Patik serta rakyat mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku selamat menjalani rawatan ini dan dikurniakan Allah SWT kesembuhan yang sempurna, serta dipermudahkan semua urusan berkaitan,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Semalam, kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan bahawa Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Jan ini.

Setelah pembedahan, tempoh pemulihan baginda dijangka mengambil masa selama dua hingga tiga bulan termasuk sesi fisioterapi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan