AM > BERITA

Draf Awal Pindaan Akta MARA Telah Siap - Asyraf Wajdi

17/01/2026 03:28 PM

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Draf awal pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 bagi memastikan agensi itu terus relevan dan ditadbir dengan tatakelola baik telah siap, kata Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata draf itu akan dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri  Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diperhalusi.

“Kita menyedari keperluan Akta MARA ini dipinda kerana ia sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan MARA pada hari ini.

“Justeru, kita memikirkan akta ini perlu diberikan nafas baharu serta memastikan aspek tadbir urus dan   tatakelola perlu diletakkan dalam akta berkenaan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Pada 11 Nov tahun lepas, Ahmad Zahid memaklumkan Akta MARA akan dipinda bagi memastikan pengurusan aset MARA yang bernilai melebihi RM23 bilion dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan