AM > BERITA

Harga Runcit Diesel Di Semenanjung Naik 4 Sen, Petrol RON97 Dan RON95 Kekal

28/01/2026 08:52 PM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak empat sen kepada RM2.92 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 29 Jan hingga 4 Feb ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.

Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 turut dikekalkan pada RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan