AM > BERITA

Keputusan STAM Diumum 5 Feb - KPM

31/01/2026 12:55 PM

PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan diumumkan pada 5 Feb ini, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Sebanyak 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu daripada sekolah masing-masing mulai 10 pagi tarikh sama dan bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian menerusi pautan http://myresultstam.moe.gov.my/ mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang),” menurut KPM. 

Calon juga boleh menghantar sistem pesanan ringkas dengan menaip STAM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888, iaitu sistem tersebut akan diaktifkan mulai 5 Feb (10 pagi) hingga 11 Feb (6 petang).

KPM turut mengingatkan pihak sekolah agar memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan