AM > BERITA

Program Penanaman Bawang Hasilkan 54 Tan Metrik Tahun Lepas

02/02/2026 05:30 PM

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Program Penanaman Bawang Berskala Besar berjaya menghasilkan lebih 54 tan metrik bawang domestik sepanjang tahun lepas.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohammad Sabu berkata program itu melibatkan kawasan seluas 157 hektar yang diusahakan oleh 125 pengusaha tempatan.

Beliau berkata kejayaan berkenaan adalah hasil perancangan tersusun, usaha gigih di lapangan serta komitmen padu semua pihak yang terbabit.

“Insya-Allah, pencapaian pada 2025 ini akan menjadi pemangkin untuk kita melangkah lebih jauh demi masa depan rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Antara impak utama pelaksanaan program itu ialah peningkatan keupayaan pengeluaran domestik, pengurangan kebergantungan terhadap import serta pemerkasaan rantaian bekalan negara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan