AM > BERITA

Pemandu Maut Lori Simen Jatuh Dalam Tapak Pembinaan

06/02/2026 04:30 PM

GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Seorang pemandu lori simen warga Indonesia maut selepas tersepit apabila kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam kawasan tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.29 pagi. 

“Lori simen itu dipercayai hilang keseimbangan semasa menjalankan kerja pembinaan sebelum terjatuh ke dalam kawasan tapak berkenaan.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas dan dibantu sebuah kren di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

John Sagun berkata mangsa berjaya dikeluarkan pada 12.55 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Beliau berkata operasi melibatkan 13 anggota dengan tiga jentera Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan