AM > BERITA

Tunku Azizah Berkenan Sampaikan Hadiah Piala Seri-Ibu Kraf 2026

09/02/2026 10:21 PM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) --  Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Piala Seri-Ibu Kraf CIMB 2026 di KLGCC Mall di sini hari ini.

Tunku Azizah tiba pada 3 petang dan disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property Datuk Seri Azmir Merican.

Piala Seri-Ibu Kraf 2026, pertandingan yang mengiktiraf bakat dalam seni kraf melalui beberapa kategori  temasuk Tekstil, Logam dan Bukan Logam, Inovasi dan Anugerah Khas Seri-Ibu.

Anugerah Bukan Logam dimenangi Kelab Kebudayaan Mah Meri dai Pulau Carey, Selangor menerusi karya E’et Ka’oi Nadik Hok Tohok.

Anugerah Logam disandang oleh Kaiyi Wong, 32, dari Pahang bagi karya ‘What Holds the Glow’ manakala Anugerah Tekstil dimenangi Wan Nadhiha Shahirah Wan Manang, 24 dari Manang Songket, terengganu melalui karya  Kain Tenun Limar Bersongket.

Anugerah Inovasi dimenangi Khoong Wei Lien, 40, dari Klang, Selangor menerusi karya Mothur manakala Anugerah Khas Seri-Ibu diberikan kepada Norita Abas, 43, dari Yayasan Tuanku Nur Zahirah, Terengganu bagi karya Songket Kilauan Warisan.

 Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 beserta trofi dan sijil penghargaan.

Sementara itu, undian bagi Anugerah Pilihan Orang Ramai yang memberi peluang kepada orang ramai memilih karya kegemaran mereka, masih dibuka sehingga 1 Mac ini.

Minggu Seri-Ibu Kraf CIMB berlangsung dari 4 Feb hingga 1 Mac 2026, dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Aras 3, KLGCC Mall Kuala Lumpur dan terbuka secara percuma kepada orang ramai.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan