AM > BERITA

Agong Berkenan Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-271

12/02/2026 12:38 PM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271 di Istana Negara, di sini hari ini. 

Mesyuarat yang memasuki hari kedua itu dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Berangkat sama ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, manakala Pahang diwakili Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir pada mesyuarat itu, yang juga disertai oleh menteri besar, ketua menteri serta timbalan premier Sarawak.

Kali terakhir Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan adalah pada 8 Okt tahun lepas, yang dipengerusikan oleh Tuanku Syed Sirajuddin.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan