AM > BERITA

Banjir Sabah: Sipitang Pulih, Penduduk Terjejas Di Beaufort Meningkat Petang Ini

13/02/2026 07:18 PM

KOTA KINABALU, 13 Feb (Bernama) -- Situasi banjir di Sipitang pulih sepenuhnya apabila kesemua 203 orang daripada 96 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, manakala jumlah mangsa di Beaufort meningkat petang ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua penduduk dari 14 kampung terjejas banjir di Sipitang yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang.

Dua PPS berkenaan ialah Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah.

Di Beaufort, jumlah mangsa dari tiga kampung terjejas banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Kekal Selagon meningkat kepada 304 orang daripada 130 keluarga berbanding 242 mangsa daripada 89 keluarga, pagi tadi.

Hujan lebat berterusan sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong di Sipitang dan Sungai Padas di Beaufort sehingga mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan