AM > BERITA

Fahmi Adakan Lawatan Kerja Ke Johor, Lancar Jelajah Ramadan 2026

16/02/2026 08:27 AM

JOHOR BAHRU, 16 Feb (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengadakan lawatan kerja ke Johor hari ini bagi mendekati komuniti setempat selain melancarkan program Jelajah Ramadan 2026 serta menyantuni bekas pengamal media melalui sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.

Fahmi akan memulakan lawatan kerjanya pada 9 pagi dengan melancarkan Jelajah Ramadan 2026 Edisi Ke-14 di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, Larkin di sini.

Beliau kemudian dijadual menghadiri program Hari Bersama Komuniti pada 10.30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Desa Belantik, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang.

Pada sebelah petang, Fahmi akan menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas jurukamera TV3, Idrus Rahmat di Kampung Skudai Kiri serta bekas wartawan Nanyang Siang Pau, Low Sock Ken di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan kementerian bersama komuniti setempat serta menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan pengamal media, khususnya menjelang Ramadan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan