AM > BERITA

Trafik Di Lebuh Raya Utama Perlahan Setakat Tengah Hari Ini

17/02/2026 02:49 PM

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan setakat tengah hari ini susulan peningkatan jumlah kenderaan dan faktor cuaca hujan di banyak lokasi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E2 ke arah utara, trafik perlahan ke arah utara di Pasir Gudang ke Setia Tropika, Kulai ke Sedenak, Persimpangan Simpang Ampat ke Hentian Sebelah Pedas Linggi, Pedas Linggi ke Senawang dan Senawang ke Seremban.

Bagi PLUS E2 ke arah selatan, trafik perlahan di Bangi ke Southville, Putra Mahkota ke R&R Seremban, Seremban ke Pedas Linggi, Machap ke Simpang Renggam dan Setia Tropika ke Dato Onn.

“Bagi PLUS E1, trafik perlahan di kedua-dua arah di Kilometer 443.4 iaitu di Sungai Buloh ke Rawang dan Sungai Buaya ke Rawang berikutan kemalangan yang berlaku di situ dan lorong kecemasan ditutup bagi trafik ke arah selatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata trafik turut perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) E8 ke arah timur iaitu di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak dan Gombak ke Genting Sempah.

Sebanyak 32 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini bagi memastikan trafik kekal lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 selama 24 jam dari 13 Feb hingga 22 Feb, serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan