AM > BERITA

JPJ Negeri Sembilan Keluar 4,157 Notis Saman Sepanjang Ops Khas Tahun Baharu Cina

23/02/2026 04:57 PM

SEREMBAN, 23 Feb (Bernama) -- Sebanyak 4,157 notis saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan sempena Ops Khas Tahun Baharu Cina 2026 bermula 13 hingga 20 Feb lepas.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata sebanyak 21,571 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu 1,684 dikenakan tindakan.

Beliau berkata sebanyak 2,950 notis JPJ (P) 22 dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti pelesenan kenderaan, iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans. 

“Bagi penguatkuasaan ini, JPJ turut menempatkan beberapa pegawai untuk menyamar sebagai penumpang di 37 bas persiaran, susulan itu 98 saman dikenakan kepada pemandu manakala 20 saman terhadap penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hanif Yusabra berkata hasil pemeriksaan ke atas 339 perkhidmatan bas di terminal mendapati tujuh daripadanya dikenakan tindakan atas pelanggaran syarat permit dan kesalahan teknikal manakala ujian air kencing terhadap 101 pemandu mendapati dua daripadanya positif dadah jenis methamphetamine.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan