AM > BERITA

Aktiviti Dakwah Jalanan MRM Boleh Diteruskan Selagi Patuhi Undang-undang

23/02/2026 11:46 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Aktiviti dakwah jalanan Multiracial Reverted Muslims (MRM) boleh diteruskan selagi mematuhi undang-undang serta garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin berkata kepatuhan kepada peraturan sedia ada akan memastikan semua pihak dapat bergerak ke hadapan secara profesional dan berhemah.

“Saya menghargai usaha yang dijalankan dan menyokong pelaksanaannya dalam ruang yang dibenarkan oleh undang-undang,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan daripada pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung dan Pengerusi MRM Muhammad Azim Abdullah Suhaimin.

Beliau berkata kunjungan itu susulan isu melibatkan reruai Street Dakwah MRM yang telah diambil tindakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

“Dalam sesi tersebut, perbincangan tertumpu kepada usaha memperjelas dan mempermudah urusan penganjuran aktiviti Street Dakwah MRM agar selaras dengan garis panduan serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, khususnya DBKL,” kata Azman.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan