AM > BERITA

Bekas ADUN Banting Fatimah Suhaimi Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

25/02/2026 01:34 PM

SHAH ALAM, 25 Feb (Bernama) -- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Datin Fatimah Suhaimi, 84, meninggal dunia pada 4 pagi tadi di sebuah hospital swasta akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan anak ketiga Allahyarham, Mohd Zyad Jaafar, 42, ketika dihubungi Bernama.

Mohd Zyad berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak Rabu lepas selepas kesihatannya merosot selain ibunya sebelum ini juga mengalami masalah jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

“Jenazah kini di rumah keluarga di Kampung Medan, Telok Panglima Garang dan akan dibawa ke Masjid Jamiul Islamiah untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan sebelum zuhur,” katanya.

Allahyarham meninggalkan empat anak, iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan serta empat cucu.

Fatimah merupakan ADUN Banting di bawah Parlimen Kuala Langat selama tiga penggal sejak 1982 dan pernah diiktiraf sebagai Tokoh Wanita Selangor. 

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam UMNO termasuk Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan