KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Hujan berterusan sejak semalam menyaksikan Tenom menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Sabah, menjadikan keseluruhan enam daerah terjejas dengan bencana itu setakat 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan proses pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Tenom sedang giat dijalankan.
Kenyataan itu memaklumkan bagaimanapun, jumlah mangsa banjir yang berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 1,564 orang setakat 8 malam ini berbanding 2,616 orang petang tadi berikutan sejumlah besar daripada 1,777 mangsa di lima PPS di Pitas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Kini, hanya tinggal 527 mangsa yang masih ditempatkan di PPS di daerah itu, manakala di PPS Sook hanya terdapat 79 mangsa, Sipitang (352 orang), Beaufort (395 orang) dan Membakut 211 orang," menurut kenyataan itu.
Secara keseluruhan, sebanyak 140 kampung terjejas dengan banjir di kelima-lima daerah berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial