PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Hadzmir Yusoff sebagai Ketua Pengarah yang baharu, berkuat kuasa pada 11 Feb lepas.
Pelantikan itu susulan persaraan wajib Ketua Pengarah LLM terdahulu, iaitu Datuk Sazali Harun.
LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pelantikan itu bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan peranan LLM sebagai badan pengawal selia industri lebuh raya bertol negara, selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Malaysia MADANI.
“LLM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sazali atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga persaraan,” menurut LLM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial