AM > BERITA

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Tentera Darat Ke-93

01/03/2026 11:27 AM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta para veteran yang menabur bakti kepada negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan pengorbanan seluruh warga tentera darat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta memelihara keamanan negara.

Sultan Ibrahim bertitah nilai integriti perlu menjadi tunjang utama dalam setiap lapisan warga pasukan itu, selain terus berkhidmat dengan penuh profesionalisme demi memastikan Malaysia kekal aman dan berdaulat.

“Al-Fatihah buat para anggota serta veteran yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan