AM > BERITA

Kedutaan Besar Malaysia Di Muscat Beri Maklumat Terkini Untuk Rakyat Terkandas

01/03/2026 11:45 PM

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Muscat telah mengeluarkan notis konsular bagi memberi maklumat terkini kepada rakyat Malaysia yang terkandas di negara itu susulan perkembangan terbaharu di Timur Tengah.

Kedutaan menerusi notis yang dimuat naik di laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa notis berkenaan dikeluarkan susulan lawatan konsular yang dijalankan oleh pihak kedutaan.

Antara maklumat terkini yang dikongsikan termasuk langkah Qatar Airways melanjutkan tempoh penginapan hotel sehingga Isnin (2 Mac), manakala penerbangan ke destinasi masing-masing bagi warga Malaysia pada hari yang sama masih tertakluk kepada pengesahan akhir oleh syarikat penerbangan.

"Segelintir pihak mungkin memilih untuk mengatur penerbangan sendiri ke Malaysia atau destinasi lain. Jika anda mempertimbangkan pilihan ini, sila pastikan anda menyemak keperluan visa transit kerana proses permohonan bagi sesetengah negara mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda membeli tiket," menurut notis itu.

Pihak kedutaan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengikut pengaturan yang dibuat oleh syarikat penerbangan bagi mengelakkan komplikasi seboleh mungkin, serta memastikan pasport dan dokumen penting lain sentiasa mudah diakses.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut konsular boleh menghubungi Talian Kecemasan Kedutaan di +968 7159 2388 atau melalui e-mel mwmuscat@kln.gov.my.

Media melaporkan bahawa Oman telah diserang awal hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan