BUKIT MERTAJAM, 3 Mac (Bernama) -- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Seberang Perai Tengah (SPT) sedang mengesan ibu kandung atau waris bagi seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 16 Mei tahun lepas.
Pelindung Kanak-Kanak PKMD SPT Siti Nur Fazlina Md Daud berkata ibu kandung bayi itu yang dikenali sebagai Dita Ledia, yang juga warga Indonesia telah menghilangkan diri dalam membantu urusan perbincangan kebajikan bayi berkenaan.
“Bayi itu kini berada di tempat selamat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara mencari warisnya dan mangsa telah diselamatkan oleh JKM di bawah Akta Kanak-Kanak 2021.
“Hasil dapatan mendapati bayi itu tidak memiliki sijil kelahiran memandangkan ibu kandung tidak pernah mendaftarkan kelahiran kanak-kanak di Jabatan Pendaftaran Negara dan kami telah cuba menghubungi wanita itu namun gagal memandangkan ibu tidak mempunyai alamat yang sah serta nombor telefon yang dilampirkan tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media dan waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung kanak-kanak itu boleh menghubungi beliau di talian 04-538 2584.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial