AM > BERITA

Kes Tatatertib Pelajar Didakwa Cemar Al-quran Diputuskan Minggu Depan - UMPSA

04/03/2026 10:17 PM

KUANTAN, 4 Mac (Bernama) -- Kes tatatertib yang dijalankan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terhadap pelajar didakwa mencemar al-Quran akan diputuskan pada minggu depan.

Naib Canselor UMPSA Prof Dr Yatimah Alias berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Proses tatatertib dijalankan mengikut Kaedah 58 Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024 yang boleh dihukum sehingga dibuang daripada universiti, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kolaborasi UMPSA Bersama Media dan Majlis Berbuka Puasa di sini hari ini.

Semalam, penuntut berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas. 

Bagaimanapun, S. Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan