AM > BERITA

Bekalan Tenaga Negara Kekal Terjamin - PM Anwar

05/03/2026 10:40 PM

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bekalan gas dan minyak negara kekal terjamin dan kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan global susulan konflik di Timur Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata kerajaan MADANI memastikan Malaysia bersiap siaga dengan langkah kontingensi bagi melindungi rakyat serta memastikan kelangsungan ekonomi negara.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) 2026 bersama kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri di Kementerian Kewangan petang tadi.

"Dalam mesyuarat ini, saya memaklumkan bahawa asas ekonomi Malaysia kekal kukuh di sebalik ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat. 

"Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 mengatasi unjuran, manakala kadar pengangguran berada pada tahap terendah dalam tempoh 11 tahun," kata beliau.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan