AM > BERITA

Kerangka Perundangan Kukuh Diperlukan Hadapi Ancaman Siber - PM

06/03/2026 07:44 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu mempunyai kerangka perundangan yang adil, komprehensif dan berkeupayaan menangani keperluan serta cabaran dalam era digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata beberapa aspek teknikal berkaitan perundangan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Jenayah Siber yang dipengerusikannya bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang siber secara lebih menyeluruh dan berkesan.

"Seyogia, perkara ini amat penting dan wajar diberi perhatian serius memandangkan persekitaran siber kini merentasi hampir setiap aspek kehidupan, baik pada masa ini mahupun pada masa hadapan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

-- BERNAMA  
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan