AM > BERITA

Bayaran Balik Cukai Mula Dikredit Secara Berperingkat Mulai Minggu Kedua Mac 2026 - LHDN

06/03/2026 11:56 PM

PUTRAJAYA, 6 Mac (Bernama) -- Bayaran balik cukai kepada pembayar yang layak dan telah selesai diproses akan mula dikreditkan secara berperingkat pada minggu kedua Mac 2026, demikian menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini.

LHDN memaklumkan bayaran balik itu melibatkan pembayar cukai individu yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2025 selaras dengan pembukaan perkhidmatan e-Filing mulai 1 Mac lepas.

"Selaras dengan Piagam Pelanggan LHDN, bayaran balik cukai bagi BNCP yang dihantar melalui e-Filing akan diproses dalam tempoh sehingga 30 hari bekerja manakala bagi BNCP yang dihantar secara manual pula, tempoh pemprosesan ialah sehingga 90 hari bekerja.

"Bagaimanapun, sekiranya maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai adalah lengkap dan tepat serta tidak memerlukan semakan lanjut, bayaran balik cukai akan diproses lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN menasihati pembayar cukai untuk memastikan maklumat akaun bank yang dilaporkan kepadanya adalah tepat dan terkini bagi memastikan bayaran balik dapat diproses dengan lancar.

"LHDN komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai serta memastikan urusan percukaian dilaksanakan secara cekap dan efisien," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan