AM > BERITA

Pelajar Kolej Maut Terkena Bilah Sabit

10/03/2026 12:27 AM

IPOH, 9 Mac (Bernama) -- Seorang pelajar kolej maut akibat cedera parah dipercayai terkena bilah sabit pada bahagian leher dalam satu kejadian di Teluk Intan hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 17 tahun yang juga rakan sekolej kini dirawat akibat cedera pada tangan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebilah sabit berhulu panjang yang dibawa seorang lelaki menaiki motosikal telah terkena pada bahagian leher mangsa, yang ketika itu juga sedang menunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan, selain turut merampas sebilah sabit serta sebuah motosikal.

Bakri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan